-->

Produk - Produk HPA


Produk- produk HPA sudah mendapatkan :
Sertifikat GMP (Good Manufacturing Practise)
Deperindag
Dirjen POM dan Depkes RI sebagai Obat Tradisional Import bukan sebagai Food Suplement (Makanan Tambahan)
Halal Gel Pakistan (sebagai gelatin pembungkus)
Pengesahan dari Pusat Konsultasi Syari'ah sebagai Multi Level Marketing Syari'ah.
Daftar Produk Bermutu Dari HPA.
Nama Product
Harga Konsumen
Content/Isi
Rp. 60.000
75 kapsul
Rp. 87.000
90 kapsul
Rp. 60.000
60 kapsul
Rp. 60.000
75 kapsul
Rp. 60.000
75 kapsul
Rp. 90.000
330 ml
Rp. 60.000
75 kapsul
Rp. 60.000
75 kapsul
Rp. 25.000
75 ml
Rp. 60.000
75 kapsul
Rp. 60.000
75 kapsul
Rp. 60.000
75 kapsul
Rp. 85.000
75 kapsul
Rp. 60.000
60 kapsul
Rp. 60.000
35 sachets
Rp. 60.000
75 kapsul
Rp. 60.000
15 sachets

Produk - Produk Baru HPA
Nama Product
Harga Konsumen
Content/Isi
Soya Jawi
Rp. 60.000
250gr
Roselle Kapsul
Rp. 80.000
90 kapsul
Kordial Kurma (besar)
Rp. 67.000
330gr
Kordial Kurma (kecil)
Rp. 40.000
185gr
Sari Kurma (besar)
Rp. 67.000
330gr
Sari Kurma (kecil)
Rp. 40.000
185gr
Extragreen (besar)
Rp. 97.000
330gr
Extragreen (kecil)
Rp.60.000
185gr
Golden Gamat Caps
Rp. 160.000
60 Kapsul
Bedak Nur
Rp. 70.000
60gr
Spirumadu Kids
Rp. 60.000
125ml

Kopi Radix

Radix telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali di pasaran. Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah Radix itu diambil daripada mana? Apakah ia benar-benar bermanafaat untuk kesihatan atau gimik semata mata?

Kopi pra-campuran ini menunjukan keupayaannya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila muncul testimoni yang begitu banyak. Pengguna yang peka dengan masalah kesihatan mula menjadikan kopi Radix sebagai minuman harian yang diambil dalam dos yang agak tinggi. Apakah tidak merosakan kesihatan?

Bagi menjawab persoalan-persoalan ini maka saya ingin mengupas perbincangan hari ini dengan tajuk “Radix Satu Kajian”.

Apakah itu Radix ?
Radix ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti contoh
akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai  Eurycoma longifolia radix. Radix terdiri daripada sinergi 7 herba iaitu Tongkat Ali, Akar Mata Pelanduk, Akar Halban, Akar Larak, Akar Teja Lawang, Akar Tebu Gajah dan Akar Mengkudu Hutan. Oleh kerana hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu adalah daripada akar, maka HPA menamakan resepi ini sebagai Radix.

Kenapa memilih akar/radix?
Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar dan boleh disinergikan dengan herba lain tanpa kesan sampingan. Bahagian akar juga berperanan menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada empat unsur iaitu unsur Tanah, Air, Api dan Angin. Bahagian yang terbaik di ambil adalah dari akar (radix) sesuatu tumbuhan.

Mekanisma tindakan Radix dalam tubuh.
Di sini saya merujuk kepada buku “Al-Qanun Fi Al-Tibb” bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat tiga organ utama yang menjana tenaga untuk semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir kuat ke seluruh badan. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut lemah dan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.

Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar teja yang disinergikan dalam resepi Radix. Kesannya, peredaran darah menjadi normal dan tubuh kembali sehat. InsyaALLAH.
Bagaimana Radix  digunakan untuk kencing manis?
Sesuatu yang agak bercanggah dengan ilmu nutrisi, bagaimana Kopi Radix yang mengandungi gula boleh digunakan untuk menurunkan kadar glukos dalam darah. Mari kita sama-sama memahami, bahawa gula putih merupakan gula yang telah hilang keseimbangannya setelah melalui beberapa proses pengilangan. Oleh kerana ia tidak seimbang, maka ia akan mengganggu organ tubuh berfungsi. Ini dapat kita lihat kesannya selepas setengah jam mengambil gula putih, sistem imuniti akan menurun  40 – 50% (kajian). Ia juga akan menjadikan sel-sel beta dalam pankreas mula tidak peka bagi pengeluaran insulin. Akhirnya gula membanjiri darah dan masuk ke dalam urin. Menghentikan pengambilan gula adalah sesuatu yang akan menghilangkan tenaga tubuh sementara pengambilan gula pula akan menjadikan penyakit kencing manis semakin serius dan boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk seperti lumpuh, buta, gangrene dan lain-lain lagi.
Keadaan ini mudah diubati jika kita berbalik kepada hukum keseimbangan 4 unsur iaitu
penyakit terjadi kerana unsure-unsur seperti tanah, air, api dan angin berada dalam keadaan yang tidak seimbang. Menghafal nama-nama penyakit dan mengubati simptomnya tidak akan menyembuhkan penyakit tersebut melainkan kaedah penyembuhan dengan mengambil herba yang seimbang.

Radix merupakan sinergi yang cukup seimbang bagi perawatan kencing manis dan penyakit-penyakit yang lain kerana ia mengandungi herba seperti berikut:-

Teja Lawang    …………        Aromatic ……….        Api
Larak               ………....        Astringen ………         Tanah
Tebu Gajah      …………        Manis     ……….         Air
Tongkat Ali      ..……….         Pahit      …..……         Angin

Sekadar teori, tidak mengangkat Radix menjadi pilihan tetapi setelah Radix diperkenalkan di pasaran sudah ratusan malah mungkin ribuan testimoni yang dapat kita dengari di mana-mana, bahawa Radix mampu merawat kencing manis. Testimoni merupakan salah satu cara mengukur keberkesanan resepi Radix yang telah diperturunkan dari generasi kegenerasi.

Bagaimana pula sebagai ubatan Tekanan Darah Tinggi?
Sebenarnya teori keseimbangan 4 unsur sudah boleh menjawab permasalahan ini tetapi agar perbicaraan kita menjadi lebih ilmiah maka dikemukakan perkara kedua untuk meyakinkan pengguna. Kebiasaannya tekanan darah tinggi terjadi kerana kelebihan unsur angin(herbalisma). Ia memerlukan herba yang bersifat pahit dan kelat untuk penyembuhan. Pokok Tongkat Ali, Akar Patawali, Pokok Cerita/Hempedu Bumi adalah contoh herba pahit sementara Akar Larak, Pinang Muda, Kurma Muda adalah contoh herba kelat. Sinergi Radix mengandungi Akar Tongkat Ali dan Akar Larak yang mengandungi  sifat pahit-kelat untuk tujuan itu.
Pokok Tongkat Ali mempunyai kesan diuretik dan setiap herba diuretik adalah anti-hipertensi. Menurut kajian farmakologi pula, pokok Tongkat Ali mengandungi beta-sitosterol dan stigma sterol yang bertindak menurunkan tekanan darah tinggi. Sesuatu yang menarik, Radix bukan hanya menjadi “symptomatic treatment” iaitu dengan hanya menghilangkan simptomnya sahaja tetapi ia memberikan perawatan menyeluruh dan  terapi untuk Sistem Kardiovaskular.

Radix untuk ‘colon therapy’ (terapi usus).
Sembelit yang kronik merupakan punca permasalahan berlakunya pelbagai penyakit. Menghilangkan sembelit merupakan kaedah penyembuhan yang telah terbukti bukan hanya yang bersangkutan dengan penyakit usus seperti kanser usus dan buasir sahaja. Pelbagai jenis herba telah dijadikan sebagai ‘colon cleansing’ (pembersihan usus) dalam pengubatan hari ini. Herba-herba itu adalah seperti psylium, oat, buah tin, kismis dan lain-lain lagi. Penggunaan herba yang bersifat laxative (julap)  kuat seperti daun senna oleh pengusaha ubatan herba sepatutnya dihentikan. Ini akan menjadikan pengguna bergantung terus kepada ubat tersebut di mana jika dihentikan penggunaannya, pengguna akan menjadi sembelit yang lebih kronik.

Radix mengandungi bahan asli yang dikenali sebagai morindin. Bahan ini datang daripada akar mengkudu hutan. Selain daripada menjadi ubatan untuk ‘colon cleansing’ ia juga mengelakkan daripada kanser usus (kajian UPM).

“Sekiranya mereka tahu khasiat herba-herba kita nescaya mereka sanggup menukarkannya walaupun dengan ketulan-ketulan emas”.
 
Quasinoid untuk anti-tumor.
Memandangkan begitu ramai, khususnya di kalangan masyarakat hari ini yang terkena penyakit kanser terutamanya wanita, maka Radix merupakan cadangan yang baik untuk langkah-langkah pencegahan. Pokok Tongkat Ali mengandungi bahan yang dikenali sebagai Quasinoid yang bertindak melindungi sel dan juga menyekat pertumbuhan sel kanser (kajian UPM).

Tidak ramai yang sedar bahawa makanan yang diambil pada setiap hari sedang menjadi bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa dalam tubuhnya. Jumlah statistik penderita kanser semakin bertambah dan kanser payudara merupakan pembunuh nombor 2 selepas serangan jantung. Inilah realiti masyarakat hari ini yang terdedah dengan seribu bahan kimia dalam kehidupannya.

Tindakan berhati-hati memilih makanan sehat itulah yang utama dan menambahkan makanan yang memberikan perlindungan pada tubuh dari serangan kanser adalah agenda kedua yang terpenting. Radix sewajarnya dijadikan sebagai makanan kesihatan (functional food) yang diambil sebagai langkah pencegahan yang bijak.

Radix untuk kesuburan (fertility).
Kandungan sperma akan menjadi semakin bertambah dan aktif setelah mengambil Eurycoma longifolia radix dan ia juga  mempunyai kesan 7 kali ganda berbanding dengan ginseng. Mencampurkan Tongkat Ali dengan ginseng tidak membawa kesan yang luarbiasa kerana Tongkat Ali telah terbukti mempunyai kesan aphrodisiac (rangsangan nafsu seks) sejak dari zaman nenek moyang kita dahulu. Ini telah dibuktikan oleh kajian yang dilakukan di beberapa buah universiti tempatan yang menguatkan lagi tanggapan ini. Dalam pengamalan Tongkat Ali  sebagai aphrodisiac ianya tidak diambil secara tunggal tetapi memerlukan  sinergi (penggabungan). Radix merupakan sinergi yang berkesan dan selamat bagi mengantikan Viagra.
Ramai pasangan yang berjaya mendapat cahaya mata setelah mengamal Radix. InshaALLAH. Keadaan ini akan menjadi lebih baik dengan pengambilan bersama Omega-3 (minyak ikan) yang mempunyai tujuan yang sama. Kajian juga menunjukkan bahawa pemberian Tongkat Ali pada tikus putih jantan (mancit) mempengaruhi kelahiran anak jantan iaitu  4:1 dan bila diberikan pada tikus betina didapati tikus betina akan cuba merentasi rintangan letrik rendah untuk pergi kepada tikus jantan. Kajian ini boleh dijadikan asas bagaimana Radix mengelakkan masalah “dingin” pada wanita.

Radix untuk sakit pinggang.
Tulang belakang juga dikenali sebagai vertebra yang terdiri daripada tulang servical, thorasic, lumbar dan sacrum. Ruas-ruas tulang belakang menyambungkan saraf kepada organ-organ tubuh di mana gangguan tulang menyebabkan gangguan pada fungsi organ-organ tersebut. Binaan tulang terdiri daripada mineral kalsium dan phosforos .Selain daripada masalah  osteoporosis (pereputan tulang) terutama pada kaum wanita, gejala pengeringan di sendi-sendi terutama di sendi lutut sering terjadi. Cairan dalam tempurung lutut menjadi kering  terutama bila usia menjangkau 50an.

Salah satu petanda masalah di tulang belakang ialah kebas di hujung-hujung jari tangan atau jari kaki, sakit kepala  dan kesakitan di tulang belakang.Keadaan ini berlaku akibat dari  kecederaan di tulang tanpa disedari. Mineral kalsium sangat diperlukan untuk terapi ini. Meminum susu bukan merupakan satu-satunya cara penggantian kalsium dalam tubuh kerana jika tubuh kekurang enzim lactase meminum susu boleh menyebabkan tubuh kehilangan kalsium. Keadaan ini berlaku akibat dari fermentasi susu dalam tubuh yang mengakibatkan terjadinya asidosis. Tubuh akan berusaha menghilangkan asidosis dengan mengambil kalsium daripada tulang atau gigi.
Makanan yang kita makan pada hari ini juga adalah kebanyakannya menyebabkan asidosis. Oleh sebab itu kalsium daripada tumbuh-tumbuhan sangat diperlukan tetapi bukan semua kalsium mudah diserap daripada semua jenis tumbuh-tumbuhan kerana kehadiran asid oksalik di dalamnya.
Penyerapan kalsium daripada Radix menjadi mudah berbanding dengan tumbuhan lain kerana tindakbalas kimia yang belum dikaji. Secara mudah difahami kemungkinan kesan sinergilah yang mempercepatkan penyerapan kalsium dalam tubuh.Wallahua’lam.

Radix sebagai anti-stress dan rawatan asthma.
Banyak sungguh kelebihan daripada Radix yang telah terbukti setelah kopi Radix berada di pasaran. Satu lagi  kelebihan Radix ialah bertindak sebagai anti-stress. Bagaimana ini boleh terjadi?
Ujian makmal telah mengesahkan di dalam Radix mengandungi Vitamin C.
Vitamin C adalah vitamin yang mudah hilang apatah lagi dalam air panas tetapi  tidak 100%. Kehadiran flavanoid menjana Vitamin C walaupun dalam kuantiti yang kecil. Mari kita lakukan perbandingan yang mudah di rumah. Pernahkah anda mengalami ulser mulut? Doktor akan menyuruh anda mengambil vitamin C jika keadaan ulser itu parah. Hasilnya ada dua iaitu ulser lambat sembuh atau tidak juga sembuh. Sekarang, anda cuba dengan kaedah kedua iaitu minuman Radix yang penuh berkhasiat itu, InsyaALLAH esok hari Ulser telah hilang. Menakjub kan?
Stress juga akan menjadi penghapus vitamin c dalam tubuh. Bagaimana hendak melihat tubuh yang mempunyai stress berpanjangan?
Senyuman bukan ukuran ketenangan hati di dalam tetapi kulitlah organ luar yang boleh memberi jawapan sebenarnya. Seseorang yang stress akan mengeluarkan histamine yang mengakibatkan belakunya gejala gatal-gatal di kulit. Alahan kulit atau gatal ini tidak dapat dihilangkan melalui apa jua krim sapu. Bagaimana hendak menghilangkannya? Doktor akan mencadangkan penggunaan  steroid merbahaya dalam bentuk krim dan saya mencadangkan agar mengambil  minuman dari Radix. Selang beberapa hari anda pasti terkejut mendapati sakit kulit anda sudah sembuh. Begitu juga dengan masalah kuku air (cagu).
Anda pasti terus bertanya tentang dari mana datangnya sumber Vitamin C dalam Radix?. Jawapannya adalah dari Morinda eleptica radix. Kehadiran Vitamin C dan minyak sari dari Akar Teja Lawang juga akan mengurangi masalah asthma.

Radix untuk buasir.
Buasir merupakan suatu peradangan yang berpunca daripada masalah sembelit. Pembuangan air besar yang mengandungi darah yang berterusan boleh menjadi simptom bermulanya tanda ulser perut dan boleh menyebabkan kanser. Bagi menghilangkan peradangan, herba yang terbaik diberikan ialah herba yang bersifat astringen/ kelat.

Radix mengandungi herba yang dikenali sebagai Pokok Larak yang bersifat astringen yang akan mengecutkan buasir di luar dan juga dalam.
Kehadiran zat morindin seperti yang telah kita bicarakan di atas juga sekali gus sebagai penghilang sembelit yang ketara di samping mewujudkan penghadaman, penyerapan dan pencernaan yang baik.

Sakit Jantung atau masalah angin?
Sakit di bahagian dada kiri, ketegangan di tengkok dan diikuti dengan tekanan fikiran
bukan semestinya  anda  diserang sakit jantung atau angina pectoris. Lakukan ECG atau stress test terlebih dahulu, jika tidak terdapat keputusan yang sahih mari kita cuba menghilangkan gejala itu dengan minuman Radix. Keadaan itu mungkin kerana belakunya ‘pocket bowel’ pada usus yang menyebabkan masalah angin (gas).
Gas yang terbentuk menuju ke jantung, tengkok dan otak. Perasaan tidak menentu menjadikan kita panik dan menjangka gejala serangan jantung. Perasaan itu sebenarnya baik untuk kita lebih cepat bertindak tetapi jika daripada ujian tidak menunjukkan tanda serangan jantung lebih baik anda mencuba Radix dan Omega-3 terlebih dahulu.

Radix sebagai pemecah batu karang.
Radix juga mengandungi kesan diuretik (mudah kencing) dan setiap herba diuretik adalah anti-hipertensi. Kesan diuretik boleh diumpamakan  seperti hujan yang turun lebat dan menolak kuat sampah  sarap di dalam longkang. Contuh ini juga berlaku pada masalah batu karang dalam ginjal yang ditolak keluar bersama urin. Herba diuretik yang asli juga sangat membantu ginjal terutama pada bahagian tapisan atas bagi mengeluarkan alumunium hidroksida (pain killer), bahan kimia yang terkandung dalam jenis ubat penahan sakit terutama sakit sendi (antacid)

Aroma yang sebenar.
Salah satu bahan kimia yang sering dimasukan dalam pembuatan kopi ialah “bahan aromatic kopi/ginseng” yang bersifat sintatik/tiruan. Bahan ini digunakan untuk memberikan kesan bau bagi menarik selera pengguna. Pengeluar mementingkan pemintaan tanpa mementingkan kesihatan pengguna untuk jangkamasa panjang. Mereka menyembunyikan kebenaran di sebalik kelazatan aroma kopi. Pengeluar sendiri tidak menjadikan kopi itu sebagai minuman harian mereka sekeluarga.

Apa yang berlaku, ginjal akan berusaha mengeluarkan bahan kimia tersebut melalui urin. Ini dapat diketahui daripada urin yang berbau kopi/ ginseng yang kuat. Lama-kelamaan ginjal akan menjadi lemah dan berlaku pula kesan yang sebaliknya. Radix adalah aroma yang sebenarnya, alami (natural) dan bebas dari bahan kimia. Kesannya menguatkan ginjal dan bukan melemahkan atau merosakkan organ sangat penting ini.

Radix untuk meningkatkan sistem imuniti.
Anda berasa seolah-olah akan demam, apa yang akan anda lakukan? Mengambil panadol yang mengandungi bahan kimia atau anda mencuba minuman dari Radix? Pengambilan minuman Radix akan meningkatkan daya tahan tubuh bagi melawan virus dan bakteria yang masuk dalam tubuh. InsyaALLAH.
Herba bukan sahaja mempunyai anti-oksidan tetapi mengandungi pelbagai zat-zat lain yang bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria. Kalau anda demam, cubalah minuman Radix, demam anda akan cepat pulih, InsyaALLAH. Pada zaman perang dunia ke-2, pokok Tongkat Ali dijadikan sebagai ubat untuk demam malaria.


Obesiti (kegemukan) dan detoksifikasi.
Sebahagian besar masalah obesiti adalah disebabkan oleh masalah ‘fatty liver’. Hati yang menjadi organ untuk mengimbangi lemak dalam tubuh telah bertukar menjadi organ menyimpan lemak. Usaha untuk menguruskan badan tidak berhasil malah penurunan berat badan hanyalah kehilangan air dalam badan. Pengambilan herba yang bersifat julap bukan cara yang sehat untuk mengawal obesiti. Radix akan mengembalikan fungsi hati tetapi mengambil sedikit masa untuk tampak keberkesanannya. Di samping itu ia bertindak sebagai organ detoksifikasi pada ‘liver’(hati). Racun akan dibuang keluar melalui usus besar. Badan akan terasa segar terutama ketika anda berada dalam keadaan yang sangat letih.

Radix untuk ketagihan rokok.
Benarkah anda ingin menghentikan tabiat merokok yang buruk itu? Daripada testimoni yang kami himpunkan, pengambilan 6 uncang Radix sehari menghilangkan ketagihan malah menjadikan tubuh kembali segar dan kuat. Radix akan menyebabkan pengeluaran hormon endofin yang mewujudkan satu perasaan yang tenang dan selesa.  Ibu yang hampir bersalin boleh diberikan minuman Radix untuk mendapatkan tenaga bersalin dan minuman selepas bersalin.

Radix untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Dalam minggu pertama dicadangkan kopi Radix diminum pada waktu petang agar tidak mengganggu tidur malam tetapi selepas seminggu, pengambilannya di waktu malam tidak mengganggu tidur malah mendapatkan ‘deep sleeping’ (tidur nyenyak). ‘Deep sleeping’ sangat diperlukan bagi mengelakkan perkara seperti kelemahan sistem imun, kencing manis, kanser payudara, kegemukan, penurunan paras hormon, stress, cepat tua, murung dan menyendiri, sakit jantung, turun daya ingatan, mengantuk semasa memandu dan lain-lain lagi.

Produk yang dihasilkan daripada ramuan Radix.

1. Kapsul Radix
2. Kopi Radix
3. Biskut Radix
4. Bijirin Radix
5. Teh Radix (April)
6. Kopi O Radix (April)

Kenapa kopi Radix tidak dikeluarkan dalam bentuk minuman tin?

Kopi Radix bukan seperti kopi Tongkat Ali lain yang berada di pasaran. Ia mempunyai ribuan fitonutrien yang mungkin akan bertindak balas apabila diisi dengan kemasan tin. Oleh itu persedian dalam bentuk minuman tin tidak dicadangkan lagi.

Minum kopi  menyebabkan sakit kepala.

Kajian menunjukkan ramai mereka yang menghadapi masalah sakit kepala ketika minum kopi tidak menghadapi masalah itu dengan kopi Radix kecuali masalah sementara kepada orang yang menggunakan ubatan kimia. Malah ramai yang memberi maklum balas mereka menggunakan kopi Radix untuk  menghilangkan sakit kepala. Sakit kepala juga berlaku apabila air dalam badan berkurangan kerana kesan diuretik selepas pengambilan kopi. Minum air yang mencukupi sehari 2.5 liter.

Minum kopi menyebabkan gastrik.

Penderita gastrik dicadangkan menghentikan pengambilan kopi kerana kafien boleh menyebabkan berlakunya gastrik yang lebih parah. Kopi Radix mempunyai minyak sari yang dikeluarkan dari Pokok Teja Lawang yang baik untuk perawatan gastrik dan masalah angin di dalam tubuh.

Sakit yang tidak bertemu ubatnya.

Tahukah anda siapakah golongan yang paling ramai menghadapi masalah kesihatan?
Mereka yang enggan mendengar dan mencuba pengubatan dari herba lantas menjadi pengamal bahan kimia beracun yang bernama ubat.
iNeedSell.com: Free online ads. Post your Ad here.